Assalamualaikum semua. 'Seorang wanita didatangi 3 kesakitan namun tidak pernah serik iaitu - kesakitan ketika HAID, kesakitan ketika HAMIL dan kesakitan ketika BERSALIN'. HEBATnya manusia yang bergelar wanita bukan? Senggugut pastinya menjadi kerunsingan buat wanita yang sudah matang kerana dikatakan senggugut merupakan sakit ketika period atau haid yang amat menyakitkan.
Hari nehh effa nak share tips kepada para gegadis di luar sana cara-cara untuk kita atasi sakit senggugut ataupun period pain bila kita datang bulan tanpa menggunakan painkiller. Sebab apa? Sebab effa alaminya tiap kali awal bulan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Bukan kita mintak kan?
Untuk yang tidak mengalaminya mungkin katakan yang kita nehh saja-saja je. Ohnononono. Kalaulah awak di tempat saya. Huhuhuhu. Ohh ye, tips nehh tak semestinya boleh hilangkan terus sakit senggugut tuhh, tapi sekurang-kurangnya tips nehh boleh kurangkan kesakitan yang korang semua alami. Hehe.
"Cara Menghilangkan Sakit Senggugut"
Cara 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Cara 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Cara 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Cara 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Cara 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Cara 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Cara 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
Cara 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
Cara 9: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Cara 10: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
Cara 11: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
Cara 12 : Beg panas yang diisi air suam / tungku moden dituam pada bahagian abdomen dimana rahim berada. Ia membantu otot-otot pada bahagian tersebut untuk lebih relaks untuk rasa yang lebih melegakan.

Cara 13 : Mandi air panas dapat memberikan ketenangan pada otot-otot seluruh tubuh malah turut membuatkan kita rasa lebih tenang dan selesa.
Cara 14 : Senaman. Lakukan senaman sepanjang masa dan terus bergerak aktif. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan paras perlepasan endorfin yang membantu untuk melawan rasa sakit.
Cara 15 : Elakkan minuman berkafein. Kafein boleh meningkatkan sedikit tekanan pada peredaran darah. Banyakkan pengambilan air atau minum jus.
Senggugut adalah kesan cakaran iblis pada rahim wanita. Itulah kerja iblis. Selain daripada tips-tips lain di atas, korang semua juga boleh amalkan Surah An-Nahl ayat 69,
Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana. Untuk kaum Adam, jangan pandang remeh penyakit special wanita nehh. ye. Hehe :)
Tq :) banyak petua yang boleh diamalkan.
ReplyDeleteSama-sama. Terima kasih berkunjung ke blog effa :)
Delete