Friday, 13 November 2015

Zaman Sekolah

Assalamualaikum w.b.t. Hye semua

Tetiba rasa rindu dengan zaman sekolah. Hikhiks. Takrindu nak belajar, tapi rindu zaman gila-gila dengan classmate, kawan-kawan semua.




Rindu sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah form six, semua laa. Ohh ye, zaman sekolah menengah nehh, Effa ade dua sekolah. Daripada form one sampai awal tahun form four, effa sekolah dekat SMK Temerloh Jaya.


Then, form four, alhamdulillah, result PMR okay laa. Dapat tukar ke SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan Pahang. First time duduk hostel, jauh dengan ibu abah. Uhukk uhuk. Serious form four form five, hari hari homesick. Hmm,



Pastu form six pulak, first sekolah dekat SMK Sultan Abu Bakar, known as SABS, Kuantan, then sebab ade masalah sikit, plus dengan jauh daripada family, effa pindah dekat sekolah sukan Kelantan, SMK Putera, Kelantan. Hehe. Nak tahu cerita sedih tak? Hehe.




Effa ade sorang kawan daripada darjah satu lagi satu sekolah dengan dia. Time tuh dekat SK Temerloh Jaya. Nama dia Khasima Asikah. Kitorang sama-sama olahraga. Then, time darjah lima, effa nak practise olahraga, effa tengok dia takdek. Rupa-rupanya dia dah pindah Kelantan. Start daripada hari tuhh, effa hari-hari tanya pasal dia dekat kawan-kawan. Takdek sorang pon tahu no. phone dia. Sedihhh



Pastu time form four dah start ade facebook mase tuhh, effa terus cari nama dia. Tapi takjumpa. Takpernah mengalah. Sampailaa effa pindah smk putera tuhh, waktu rehat, effa lalu dekat surau, effa nampak macam dia kat situ. Tapi macam takcaye. Sampai kat class, effa terus tanya classmate.

'Ada tak orang nama Khasima Asikah dekat sekolah nehh?'

Then dorang cakap ade. Dorang terus bawak Khasima datang class. Allah terharunya. Dah lama cari dia. Hukhuk. *lap hingus* Tapi sayangnya dia tak kenal effa. Ye laa sebab i dah macam tong dram uolls. I kenal dia lagi sebab dia tak berubah. Maintain kurus macam tuh since darjah satu lagi. Hahahaha


Taklama lepas tuh, upper six effa duduk hostel. Satu bilik dengan dia. Then dia bagitahu laa, dia tak kenal and cam effa sebab apa.

'Ore dok kenal ayong, sebab setahu ore, maso dulu ore takdok saing hok gemuk. Semua saiz macam ore jah'

Psssst, nehh gambar last year. Hikss


Hahahahahha. Berdekah-deah kitorang gelak. So effa dah kena start diet nehh. Hikhik. Ehh memang on diet pon. Haha


Seriously rindu zaman muda-muda dulu. Banyak sangat kenangan. Hehe. Okay laaa, nak layan citer Kal ho na ho dulu gaisssss.


Assalamualaikum semua

Wednesday, 11 November 2015

Kek Kukus Coklat

Hye Assalamualaikum dear readerss.
Harinehh effa nak share dengan korang semua, resepi kek kukus. Hehe. Tetiba pulak hausmet rajin nak buat kek kukus coklat memalam cemni. Hehe. Sekeping fifie rahim bile je tak rajin bab memasak nehh. Haha. Tapi kitorang buat menggunakan bahan yang sedia ada. Buat resepi sendiri. Hahahaha. Kat bawah nehh resepi asal.

Bahan-bahan (Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla


Kat atas nehh resepi asal, tapi kitorang guna resepi kat bawah nehh disebabkan kekurangan bahan-bahan. Hahahahaha

Bahan-bahan (Resepi kitorang sendiri)

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan serbuk Milo
1 cawan susu tepung Everyday yang dicampur dengan air (2 sudu susu tepung) *Sebab takdek susu cair. Hahahaha*
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur

Cara-cara Menyediakan Kek Kukus Coklat
  • Campurkan susu tepung yang telah dicairkan tadi tuhh, susu pekat manis, minyak masak ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata. Masukkan sekali serbuk Milo. Hehehe

  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko.


  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.



  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Tapi kitorang punya berketul-ketul sikit. Sebab pemukul telur takdek, so kekuatan garfu tak same dengan dia. Haha
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

  • Sapukan marjerin pada loyang.

  • Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek. Kitorang gunakan plastik je sebab mana nak cari oiiii aluminium foil malam-malam cemni. Haha

  • Kukus kek selama 1 jam.



Taraaaaa. Dah siap. Sebab kitorang tak letak baking powder and sodium bicarbonate, so kek nehh tak naik sangat. Tapiiiii rase dia sedapppp kau jahhh. Taknyesal tau bertungkus lumus memalam cemni. Haha. Ohh ye, kek kitorang nehh takdek toping sebab hmm paham-paham laa, memalam cemni, nehh je yang mampu. Haha. Pukul 1 am dah sekarang nehh.


Kalau korang dekat hostel, nak buat kek, tapi tak cukup bahan, try and error je macam kitorang nehh haa. Haha. Credit to Cik Matahari untuk resepi yang betul kek kukus coklat nehh. Hehe


Tuesday, 10 November 2015

Belajar Secara Berkesan

Assalamualaikum w.b.t gaisss.
Alhamdulillah still lagi diberi nyawa untuk hidup pada hari ini. Syukur. Ohh ye, kali nehh effa nak share tentang ape pulak ye? Hmmm *thinking* Ahaaa, memandangkan sekarang musing nak dekat exam, so kite cakap sikit tentang belajar secara berkesan. Tapi sebelum tuhh effa nak tanya, belajar last minute berkesan ke? Hehehe

Ramai yang rase belajar last minute nehh satu cara yang baik bagi diorang. Tak semua, tapi segelintir sahaja *effa juga* Hahaha

Sebab bagi effa, masa sebelum exam nehh laa masa yang ada untuk berfoya-foya (melepak, jalan-jalan, etc) dengan kawan-kawan. Hahaha. Then bila nak exam, mula lah gelabah, malam nak exam tuh baru nak study. Haa tuhh laa perangai seketui eppa neh daripada dulu lagi. Haihhh. Lecturer kemain ambil masa 3-4 bulan, ko sehari je abiskan semua chapter tuh ye effa. Haha.


So sekarang nehh, effa nak share sikit tips untuk belajar dengan lebih berkesan supaya kita sama-sama tak rasa resah gelisah bila nak hadapi exam nanti.


TIPS 1- Belajar secara berkumpulan

Tak ramai yang suka study group nehh sejak masuk Universiti, nak tahu sebab apa? Sebab bila dah besar ni, korang lebih suka belajar sendiri. Am I right? Tapi tahu tak, bila kita saling bertukar pendapat antara satu sama lain, secara tak langsung, ilmu yang kita dapat tuhh lagi banyak. Selain daripada tu, kita jugak boleh tahu di mana kelemahan kita bila study dengan kawan. Ada kawan, kawan boleh tegur, kan?


TIPS 2- Perhatian 100% dalam kelas

Sebagai seorang pelajar, korang seharusnya memberi tumpuan yang penuh di dalam kelas. Cuba duduk di barisan hadapan sekali supaya korang senang terima apa yang diajar pensyarah. Korang kena mind set dalam kepala apa yang korang nak belajar tuhh best, barulah nanti apa yang diajar masuk dengan senang je.



TIPS 3- Catat nota

Korang kena ada satu buku nota kecik. Kalau korang rasa apa yang lecturer cakap tuhh penting, atau korang rasa penting, catat semua fakta tuhh. Apa yang korang tak faham pon, catat jugak. By the end of the lesson, korang terus pergi tanya dia. Gunakan tujuh soalan nehh , Apa, Siapa, Di mana, Bila, Bagaimana, Mengapa, Berapa dalam nota kecik korang tuh.


TIPS 4- Ulang kaji

Lepas kita dah habis belajar, kalau boleh kena ulangkaji secepat mungkin. Sebab ada kajian mengatakan, kita akan lupa 80% selepas kita belajar. So, ulangkaji sekerap yang mungkin.


TIPS 5- Tampal nota

Di sekeliling bilik korang tuhh kosong je kan? Apa kata korag tampal  nota-nota penting. Guna kaedah akronim je, tak pon tukar kan perkataan kepada gambar atau rajah tertentu. Reka cerita ayat supaya mudah untuk korang mengingat. Bila lalu je kat dinding tuh, confirm korang akan baca kan nota-nota tuh. Secara taklangsung kemahiran mengingat akan dipertingkatkan.


Credit to Kak Ayu

TIPS 6- Pengurusan masa

As a student, korang kena uruskan masa sebaiknya. Nak nak kalau korang seorang yang aktif berpersatuan. Kene pandai bahagikan masa untuk belajar and beraktiviti. Make sure, kerja korang dah siap dulu, then baru berpersatuan semua tuh. At least kerja korang tak tertangguh.



Semoga kita semua akan belajar lebih bersungguh-sungguh lepas nehh. Hikhiks. InshaaAllah. Amin.



Monday, 9 November 2015

SELAMAT HARI LAHIR, E F F A



Alhamdulillah. I'm officially 21 years old today. Omnomnom effa dah tua. Hahaha. Terima kasih untuk semua ucapan hari lahir pada hari ini. Paling terharu sekali bila ibu jadi orang pertama untuk tahun nehhh. Sejam sebelum tibanya detik pukul 12 am. Ibu dah call wish birthday. Hehehe. And seperti biasa, ibu menggantikan Muk jadi coach effa.

"Macam mana berat ayong hari nehh? Berapa kilo turun?"

Hahahaha. Then, lepas ibu wish. Zue pm dekat fb pukul 11.30 pm. Orang kedua wish. Mak aihh, kenapa awal sangat nehh? Hahahaha. Thanks nenek sygs. Tepat pukul 12 am. Ade video masuk dalam group whatsapp. Effa tak download sebab kuota memory dah full. Masuk bilik, achik and myra berselimut, acah-acah tidur. Effa pon baring laa. Tiba-tiba achik keluar bilik, then masuk balik. Kena tepung tawar dengan bedak uolls. Habis tilam effa. Hahahahaha. Then memandangkan diorang berdua je yang ade kat hostel nehh, so dorang nyanyi lagu birthday kat effa.


Achik tanya, mu dah tengok belom video? Video apa? Effa pelik laa. Video dalam group laaa. Kitorang wish, cepat download. Hahaha. Kebetulan pulak wifi slow semalam. Then after clearkan memory sikit, download laa video tuh, terharu noks. Menangis iolls tengah malam buta semalam. Haaa tuh kat atas tuhh laa video wishes from diorang. Thanksss korang.



Thanks Abah sebab kasi hadiah birthday yang paling besar tahun nehh. Bilik sendiri. Ibu dah bagitau semalam mase on call. Hehehe


Paling terharu bila Muk wish time tengah nangis tuh. Emm. Lagi kuat nangess. Hahahaha.



Thanks jugak untuk geng WAIL for ur wishes.






Thank you to semua classmate daripada sekolah rendah sampai U for ur wishes. Thanks a lot gaiss sebab ingat birthday aku.



Lastly, thanks to Twitter and Facebook sebab ingatkan semua friends and followers , birthday effa. Hahahahahahahahaha





Thanks untuk harini dan selamanya sampai bila-bila <3






Sekali lagi terima kasih untuk semua ucapan hari lahir. Semoga hidup korang juga diberkati ilahi. Amin.

Cara Nak Atasi Senggugut

Assalamualaikum semua. 'Seorang wanita didatangi 3 kesakitan namun tidak pernah serik iaitu - kesakitan ketika HAID, kesakitan ketika HAMIL dan kesakitan ketika BERSALIN'. HEBATnya manusia yang bergelar wanita bukan? Senggugut pastinya menjadi kerunsingan buat wanita yang sudah matang kerana dikatakan senggugut merupakan sakit ketika period atau haid yang amat menyakitkan.


Hari nehh effa nak share tips kepada para gegadis di luar sana cara-cara untuk kita atasi sakit senggugut ataupun period pain bila kita datang bulan tanpa menggunakan painkiller. Sebab apa? Sebab effa alaminya tiap kali awal bulan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Bukan kita mintak kan?


Untuk yang tidak mengalaminya mungkin katakan yang kita nehh saja-saja je. Ohnononono. Kalaulah awak di tempat saya. Huhuhuhu. Ohh ye, tips nehh tak semestinya boleh hilangkan terus sakit senggugut tuhh, tapi sekurang-kurangnya tips nehh boleh kurangkan kesakitan yang korang semua alami. Hehe. 

"Cara Menghilangkan Sakit Senggugut"

Cara 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Cara 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

Cara 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Cara 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Cara 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Cara 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Cara 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Cara 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Cara 9: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Cara 10: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

Cara 11: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Cara 12 : Beg panas yang diisi air suam / tungku moden dituam pada bahagian abdomen dimana rahim berada. Ia membantu otot-otot pada bahagian tersebut untuk lebih relaks untuk rasa yang lebih melegakan.


Cara 13 : Mandi air panas dapat memberikan ketenangan pada otot-otot seluruh tubuh malah turut membuatkan kita rasa lebih tenang dan selesa.

Cara 14 : Senaman. Lakukan senaman sepanjang masa dan terus bergerak aktif. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan paras perlepasan endorfin yang membantu untuk melawan rasa sakit.

Cara 15 : Elakkan minuman berkafein. Kafein boleh meningkatkan sedikit tekanan pada peredaran darah. Banyakkan pengambilan air atau minum jus.

Senggugut adalah kesan cakaran iblis pada rahim wanita. Itulah kerja iblis. Selain daripada tips-tips lain di atas, korang semua juga boleh amalkan Surah An-Nahl ayat 69,

Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana. Untuk kaum Adam, jangan pandang remeh penyakit special wanita nehh. ye. Hehe :)


Friday, 6 November 2015

Nak Kurus Ke Nak Sihat?

Assalamualaikum semua. Ape yang korang rase bile baca tajuk tuh? Korang pilih nak kurus tapi tak bermaya ataupun nak kurus tapi sihat? Hehe. Bagi effa laa. Effa nak dua-dua. Kurus tapi sihat. Nak tau tak dulu berat effa 50 kg je? But since tinggal olahraga, makin menjadi-jadi naiknya. Sekarang effa dalam proses nak turun berat. Alhamdulillah since last month. Daripada 85kg. Sekarang dah bawah 75 kg. Dalam masa taksampai sebulan pon.

Nak tahu rahsia? Ahaaaa. Don't worry. Effa akan share dengan korang semua sikit-sikit tips yang effa buat. Ohh ye. Actually ade someone yang galakkan effa untuk kurus. Sape? Shhhhhh *jari kat bibir* Hehe. Tapi someone tuh dah mintak izin untuk pergi dari hidup effa. Takpe. Biarkan dia pergi, tapi semangat dia tetap ada dengan effa. Huhu. Ehh takmo sedih-sedih. Chill effa chill.


 Breakfast

Jangan skip breakfast. Pelisssss. Korang ingat bila korang skip breakfast tuhh, korang dapat kurus laa? Nope. It will never be. Huh *lap peluh* . Tahu tak breakfast is the important meal. Sebab breakfast yang bagus akan membekalkan tenaga yang terbaik untuk hari korang. Jika skip, apa jadi? Jika anda skip, anda akan terdorong untuk makan lunch lebih banyak daripada sepatotnya. Eating a healthy breakfast will lower your blood sugar levels between meals. Jangan skip breakfast ye!!


'
Jangan Berlapar Dalam Pemakanan

Antara kesilapan paling besar yang pernah effa buat dalam diet ialah sangkakan yang kalau nak kurus tuh, effa kena berlapar. Takyah makan untuk turun berat badan. Hakikatnya pakar mengatakan yang walaupun kita sedang diet, kita boleh makan lebih banyak kalori daripada apa yang kita fikir. Makanan memberikan kita tenaga dan bila menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot sebagai menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah. 



 Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Sekurang-kurangnya minum air kosong 8 gelas sehari. Nak tahu sebab apa? Sebab air dapat mengurangkan selera makan kita secara semula jadi dan dapat membantu badan memetabolisma kan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba korang minum air dulu, mesti korang tak rasa  nak makan banyak. Hehehehe. Effa selalu buat.



 Gantikan Minuman Bergas Atau Air Manis Dengan Green Tea

Haa, korang pernah cuba green tea? Effa selalu minum green tea sekali time breakfast and sekali before tidur. Alhamdulillah. Bangun pagi esok, segala lemak-lemak berjalan keluar seiringan hendaknya. Hahaha. Green tea nehh bagus untuk pencernaan sebab dia buang semua toksin-toksin yang ada dalam badan kita. Banyak jenis green tea dekatb pasaran sekarang ni. Tapi yang memang terbaik effa suggest, dilmah green tea. Other than that, clenx tea pon okay jugak.

Makan Secara Perlahan-lahan

Cuba korang nikmati makanan korang tuh dengan perlahan-perlahan. Jangan tergopoh-gapah. Kerana apabila kita makan secara perlahan-perlahan, tubuh akan tunjukkan isyarat kepuasan. Selain tu, korang kunyahlah makanan kepada cebisan kecil, supaya makanan korang cepat hadam. Hehe


Senaman / Workout

Kalau nak jage makan tuh, inshaaAllah effa rase korang takdek hal laaa. But, senaman or workout nehh liat sikit laa. Haha. Kalau bulan lepas (baru start diet plus jaga makan) , lepas workout je, coach dari jauh dah text, harinehh buat routine apa? Berapa set? Hari nehh makan apa? Jaga semua tuh, disiplinkan diri. Sekarang nehh, motivatekan diri sendiri je. Hmmmm, dah takdek coach peribadi. Sobs. Effa selalu buat lunges, burpee, push up, squats, jumping jacks, cruches, high knee, plank, calf raises and banyak lagi la. Even taksempat sangat pon, at least before tidur tuh effa buat even just 10 minutes je pon. Sebab kalau sekali dah tinggal. Nanti nak start balik, payah. Trust me gaiss. Haha. Kat bawah ni ade contoh effa sertakan jenis-jenis workout yang simple je untuk korang.



Abaikan Kata-Kata Nista Sekeliling

Actually, this is the worse bila korang nak start diet. Am I right? Who's with me? Raise up your hand. Hehehe. Macam-macam orang cakap dekat effa sebelum ni tau. Gemuk. Debab. What else ye. And bila nak jaga makan je. Masa tuh laa kawan-kawan ajak nak gi makan tempat sedap-sedap. How can nak tahan nafsu wei? Nak nak depa nak belanje pulokkkkk. Takbaik tolak rezeki betul tak? But how bout our diet? Boleh makan, but jangan terlalu banyak. Korang just sematkan dalam kepala, makanan tuh korang dah pernah makan and korang boleh makan nanti dah achieve target. Ingat tuh. Kuatkan semangat gaisss. Kalau effa boleh, then why you can't? 



Effa doakan yang terbaik untuk semua yang baru nak start jage pemakanan untuk kurus and sihat. Semoga tercapai impian korang and kita semua. Ingat, nak kurus untuk sihat and cantik. Bukan untuk membangga diri. Nanti Allah marah. Hehehe. Okaylaa semua. Effa tidur dulu. Nak kurus, tidur awal and mencukupi tuh pon penting tau. Jangan lupa follow instagram/twitter : effaayda. Goodnight gaissss


Thursday, 5 November 2015

Ciri-ciri Anak Sulong

Assalamualaikum gaisss. Ahaaa kat sini sape anak sulong? Angkat tangan and sila ke tepi gaisss. Hehe. Tak, tak. Gurau je. Okay untuk entry yang pertama nehh effa nak share sikit dengan korang semua, ciri-ciri anak sulong. Sebab apa anak sulong? Kenapa bukan anak bongsu ke tengah ke? Hehe. Sebab effa anak sulong. And some of this kriteria nehh tepat atas batang hidung effa sendiri. Hahaha


1) Bersikap pelindung

Anak sulung tentulah memiliki sifat sebegini kerana mereka merasakan diri mereka ketua, abang atau kakak dan mahukan adik-adiknya berasa selamat. Sebagai anak sulung, siapa yang suka adik perempuan mereka diganggu oleh budak lelaki nakal yang suka mempermainkan wanita? Tentulah abang sulung yang merupakan anak sulung ni akan melindungi adik perempuannya walau dengan apa cara sekalipun.
















Lagi satu anak sulung bukan sahaja bersikap 'protective' kepada adik beradiknya malahan kepada ibu bapa mereka juga. Jangan ada sesiapa yang memperlekehkan orang tua yang di sayangi, pasti akan terima akibatnya! Adakah anda juga begitu wahai anak sulung?

2) Bertolak ansur

Bukannya menyerah kalah atau tidak mahu menang. Tetapi sikap terpuji anak sulung adalah mudah bertolak ansur dan tidak bergaduh untuk berebutkan sesuatu. Lebih-lebih lagi anak sulung yang jauh jaraknya dengan si adik. Oleh kerana dia sudah berasa puas dan mendapat apa yang sepatutnya, anak sulung ini akan merasa rela hati untuk memberikan barang-barangnya kepada si adik.

3) Ego/Degil

Selain dari itu, anak sulung ada juga egonya tersendiri. Oleh kerana merasakan dirinya anak pertama atau anak sulung, dia merasakan dirinya lebih pandai. Maka, jangan suka-suka mencabar ego anak sulung jika tidak cukup bekalan...haha! Anak sulung tidak suka diarahkan membuat itu dan ini, kerana mereka sudah lama dan biasa melakukannya bersendirian. Jadi, biarkan sahaja mereka asalkan apa yang mereka lakukan itu tidak memudaratkan orang sekelilingnya. Betul tak?


4) Berjaya dalam hidup

Lagi satu yang saya nampak, anak sulung sering berjaya dalam hidup. Ini disebabkan mereka mahu menjadi tauldan yang baik untuk adik-adiknya. Apabila anak sulung berjaya dalam hidup, ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa pun boleh tumpang bangga, betul tak mak bapak?

5) Lebih pandai ambil hati orang tua

Anak sulung memang pandai menjaga hati orang tua. Ini terbukti di depan mata saya sendiri. Abang sulung saya sangat komited terhadap kebajikan orang tua kami dan pandai mengambil hati, manakala kawan baik saya pun sangat ambil berat tentang orang tuanya walaupun dia tinggal beribu batu jauhnya dari mereka. Lagi-lagi dalam zaman teknologi canggih sekarang ni, guna apa sahaja cara pun boleh untuk tunjukkan keperihatinan kita.

6) Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak sulung memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi secara semulajadi! Ini kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya iaitu adik-adiknya, memastikan keselamatan mereka dan adik beradik mereka terpelihara.


Tanggungjawab anak sulung bukan sahaja setakat memastikan makan pakai adik beradiknya mencukupi tetapi merangkumi juga perbelanjaan pelajaran dan hal-hal berkaitan menyelesaikan masalah peribadi mereka. Jadi, tanggungjawab anak sulung memang besar dan luas terutamanya bagi yang berjantina lelaki.   

7) Pemerhatian yang tajam 

Anak sulung memiliki pemerhatian yang tajam. Bak kata pepatah, 'Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya.' Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah dilalui, selalu menjadi pemerhati di dalam keluarganya dan juga agak cepat dewasa, jadi anak sulung lebih senang faham masalah dan kerenah orang di sekelilingnya.

8) Tidak pandai memujuk

Hai! Anak sulung tidak pandai memujuk? Kenapa agaknya eh? Kerana mereka sendiri jarang dipujuk ketika proses tumbesaran berlaku. Ini kerana kebiasaannya anak sulung akan dibiarkan memujuk diri sendiri kerana ibu bapa berpendapat anak sulung harus kuat dan matang. Ibu bapa akan mengajarkan mereka keberanian dan hidup berdikari. Jadi bukan salah ibu bapa jika mereka berfikiran begitu kerana itu semua dilakukan untuk kebaikan jangka panjang anak-anak mereka.


9) Pendiam/cool

Benarkah anak sulung bersikap pendiam? Ya, mungkin ada benarnya. Apabila berkumpul antara adik beradik, saya perhatikan anak sulung akan menjadi pendengar yang setia. Sesekali menyampuk dan tersenyum penuh makna. Dalam diam sebenarnya dia gembira melihat adik beradiknya bahagia. Dan dalam diam juga anak sulung sebenarnya penyimpan rahsia yang ulung! Anak sulung pandai menyimpan kesusahannya.

Jadi anak sulung tidak digalakkan untuk mencari pasangan daripada jenis yang sama. Bukannya apa, kalau dua-dua pendiam apa kesudahannya?? Haha...fikirlah sendiri.

10) Sukar melupakan orang yang dia sayang

Benarkah anak sulung sukar melupakan orang yang dia sayang atau pernah sayangi? Yang ini kena check dengan anak sulung...hihi. Tapi jika ikut pemerhatian saya terhadap beberapa orang kawan baik yang secara kebetulan pun anak sulung, nampaknya ada kebenaran fakta tersebut.


Shhhh...anak sulung memang setia kut! Walaupun telah berkahwin dengan pasangan masing-masing, di dalam hati masih terpahat kukuh nama si dia! Walaupun tidak berjaya sehidup semati, mereka rasional menerima kenyataan tetapi kekal menyayangi di dalam hati. Hah! Sah kan anak sulung memang sukar melupakan sesuatu yang pernah mereka sayangi.

11) Senang memaafkan orang 

Anak sulung mudah memaafkan orang lain. Terutamanya terhadap adik beradiknya sendiri. Bagi anak sulung, tidak ada gunanya menyimpan dendam di dalam hati. Mereka bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Sebab itu jika diperhatikan, ramai anak sulung yang kena 'buli' dengan adik-beradiknya. Namun begitu kerana sikap memaafkan yang ada pada anak sulung inilah membuatkan dia disayangi ramai. 


Selain daripada fakta-fakta di atas, ada juga saya terbaca mengatakan anak sulung juga kuat cemburu, manja dan pemurah hati serta agak degil. Sebenarnya banyak karekter dan personaliti anak sulung yang boleh dikaji lagi. Ternyata bukan mudah juga untuk menjadi anak sulung walaupun orang kata kuasa veto di tangan mereka!

Kepada anak sulung di luar sana samada lelaki atau wanita, korang sebenarnya istimewa. Dan bajalah kepercayaan yang diberikan dengan sifat-sifat yang terpuji dan penuh keikhlasan
TERIMA KASIH DATANG LAGI