Alhamdulillah still lagi diberi nyawa untuk hidup pada hari ini. Syukur. Ohh ye, kali nehh effa nak share tentang ape pulak ye? Hmmm *thinking* Ahaaa, memandangkan sekarang musing nak dekat exam, so kite cakap sikit tentang belajar secara berkesan. Tapi sebelum tuhh effa nak tanya, belajar last minute berkesan ke? Hehehe
Ramai yang rase belajar last minute nehh satu cara yang baik bagi diorang. Tak semua, tapi segelintir sahaja *effa juga* Hahaha
Sebab bagi effa, masa sebelum exam nehh laa masa yang ada untuk berfoya-foya (melepak, jalan-jalan, etc) dengan kawan-kawan. Hahaha. Then bila nak exam, mula lah gelabah, malam nak exam tuh baru nak study. Haa tuhh laa perangai seketui eppa neh daripada dulu lagi. Haihhh. Lecturer kemain ambil masa 3-4 bulan, ko sehari je abiskan semua chapter tuh ye effa. Haha.
So sekarang nehh, effa nak share sikit tips untuk belajar dengan lebih berkesan supaya kita sama-sama tak rasa resah gelisah bila nak hadapi exam nanti.
TIPS 1- Belajar secara berkumpulan
Tak ramai yang suka study group nehh sejak masuk Universiti, nak tahu sebab apa? Sebab bila dah besar ni, korang lebih suka belajar sendiri. Am I right? Tapi tahu tak, bila kita saling bertukar pendapat antara satu sama lain, secara tak langsung, ilmu yang kita dapat tuhh lagi banyak. Selain daripada tu, kita jugak boleh tahu di mana kelemahan kita bila study dengan kawan. Ada kawan, kawan boleh tegur, kan?
TIPS 2- Perhatian 100% dalam kelas
Sebagai seorang pelajar, korang seharusnya memberi tumpuan yang penuh di dalam kelas. Cuba duduk di barisan hadapan sekali supaya korang senang terima apa yang diajar pensyarah. Korang kena mind set dalam kepala apa yang korang nak belajar tuhh best, barulah nanti apa yang diajar masuk dengan senang je.
TIPS 3- Catat nota
Korang kena ada satu buku nota kecik. Kalau korang rasa apa yang lecturer cakap tuhh penting, atau korang rasa penting, catat semua fakta tuhh. Apa yang korang tak faham pon, catat jugak. By the end of the lesson, korang terus pergi tanya dia. Gunakan tujuh soalan nehh , Apa, Siapa, Di mana, Bila, Bagaimana, Mengapa, Berapa dalam nota kecik korang tuh.
TIPS 4- Ulang kaji
Lepas kita dah habis belajar, kalau boleh kena ulangkaji secepat mungkin. Sebab ada kajian mengatakan, kita akan lupa 80% selepas kita belajar. So, ulangkaji sekerap yang mungkin.
TIPS 5- Tampal nota
Di sekeliling bilik korang tuhh kosong je kan? Apa kata korag tampal nota-nota penting. Guna kaedah akronim je, tak pon tukar kan perkataan kepada gambar atau rajah tertentu. Reka cerita ayat supaya mudah untuk korang mengingat. Bila lalu je kat dinding tuh, confirm korang akan baca kan nota-nota tuh. Secara taklangsung kemahiran mengingat akan dipertingkatkan.
Credit to Kak Ayu
TIPS 6- Pengurusan masa
As a student, korang kena uruskan masa sebaiknya. Nak nak kalau korang seorang yang aktif berpersatuan. Kene pandai bahagikan masa untuk belajar and beraktiviti. Make sure, kerja korang dah siap dulu, then baru berpersatuan semua tuh. At least kerja korang tak tertangguh.
Semoga kita semua akan belajar lebih bersungguh-sungguh lepas nehh. Hikhiks. InshaaAllah. Amin.
No comments:
Post a Comment