Thursday, 5 November 2015

Ciri-ciri Anak Sulong

Assalamualaikum gaisss. Ahaaa kat sini sape anak sulong? Angkat tangan and sila ke tepi gaisss. Hehe. Tak, tak. Gurau je. Okay untuk entry yang pertama nehh effa nak share sikit dengan korang semua, ciri-ciri anak sulong. Sebab apa anak sulong? Kenapa bukan anak bongsu ke tengah ke? Hehe. Sebab effa anak sulong. And some of this kriteria nehh tepat atas batang hidung effa sendiri. Hahaha


1) Bersikap pelindung

Anak sulung tentulah memiliki sifat sebegini kerana mereka merasakan diri mereka ketua, abang atau kakak dan mahukan adik-adiknya berasa selamat. Sebagai anak sulung, siapa yang suka adik perempuan mereka diganggu oleh budak lelaki nakal yang suka mempermainkan wanita? Tentulah abang sulung yang merupakan anak sulung ni akan melindungi adik perempuannya walau dengan apa cara sekalipun.
















Lagi satu anak sulung bukan sahaja bersikap 'protective' kepada adik beradiknya malahan kepada ibu bapa mereka juga. Jangan ada sesiapa yang memperlekehkan orang tua yang di sayangi, pasti akan terima akibatnya! Adakah anda juga begitu wahai anak sulung?

2) Bertolak ansur

Bukannya menyerah kalah atau tidak mahu menang. Tetapi sikap terpuji anak sulung adalah mudah bertolak ansur dan tidak bergaduh untuk berebutkan sesuatu. Lebih-lebih lagi anak sulung yang jauh jaraknya dengan si adik. Oleh kerana dia sudah berasa puas dan mendapat apa yang sepatutnya, anak sulung ini akan merasa rela hati untuk memberikan barang-barangnya kepada si adik.

3) Ego/Degil

Selain dari itu, anak sulung ada juga egonya tersendiri. Oleh kerana merasakan dirinya anak pertama atau anak sulung, dia merasakan dirinya lebih pandai. Maka, jangan suka-suka mencabar ego anak sulung jika tidak cukup bekalan...haha! Anak sulung tidak suka diarahkan membuat itu dan ini, kerana mereka sudah lama dan biasa melakukannya bersendirian. Jadi, biarkan sahaja mereka asalkan apa yang mereka lakukan itu tidak memudaratkan orang sekelilingnya. Betul tak?


4) Berjaya dalam hidup

Lagi satu yang saya nampak, anak sulung sering berjaya dalam hidup. Ini disebabkan mereka mahu menjadi tauldan yang baik untuk adik-adiknya. Apabila anak sulung berjaya dalam hidup, ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa pun boleh tumpang bangga, betul tak mak bapak?

5) Lebih pandai ambil hati orang tua

Anak sulung memang pandai menjaga hati orang tua. Ini terbukti di depan mata saya sendiri. Abang sulung saya sangat komited terhadap kebajikan orang tua kami dan pandai mengambil hati, manakala kawan baik saya pun sangat ambil berat tentang orang tuanya walaupun dia tinggal beribu batu jauhnya dari mereka. Lagi-lagi dalam zaman teknologi canggih sekarang ni, guna apa sahaja cara pun boleh untuk tunjukkan keperihatinan kita.

6) Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak sulung memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi secara semulajadi! Ini kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya iaitu adik-adiknya, memastikan keselamatan mereka dan adik beradik mereka terpelihara.


Tanggungjawab anak sulung bukan sahaja setakat memastikan makan pakai adik beradiknya mencukupi tetapi merangkumi juga perbelanjaan pelajaran dan hal-hal berkaitan menyelesaikan masalah peribadi mereka. Jadi, tanggungjawab anak sulung memang besar dan luas terutamanya bagi yang berjantina lelaki.   

7) Pemerhatian yang tajam 

Anak sulung memiliki pemerhatian yang tajam. Bak kata pepatah, 'Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya.' Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah dilalui, selalu menjadi pemerhati di dalam keluarganya dan juga agak cepat dewasa, jadi anak sulung lebih senang faham masalah dan kerenah orang di sekelilingnya.

8) Tidak pandai memujuk

Hai! Anak sulung tidak pandai memujuk? Kenapa agaknya eh? Kerana mereka sendiri jarang dipujuk ketika proses tumbesaran berlaku. Ini kerana kebiasaannya anak sulung akan dibiarkan memujuk diri sendiri kerana ibu bapa berpendapat anak sulung harus kuat dan matang. Ibu bapa akan mengajarkan mereka keberanian dan hidup berdikari. Jadi bukan salah ibu bapa jika mereka berfikiran begitu kerana itu semua dilakukan untuk kebaikan jangka panjang anak-anak mereka.


9) Pendiam/cool

Benarkah anak sulung bersikap pendiam? Ya, mungkin ada benarnya. Apabila berkumpul antara adik beradik, saya perhatikan anak sulung akan menjadi pendengar yang setia. Sesekali menyampuk dan tersenyum penuh makna. Dalam diam sebenarnya dia gembira melihat adik beradiknya bahagia. Dan dalam diam juga anak sulung sebenarnya penyimpan rahsia yang ulung! Anak sulung pandai menyimpan kesusahannya.

Jadi anak sulung tidak digalakkan untuk mencari pasangan daripada jenis yang sama. Bukannya apa, kalau dua-dua pendiam apa kesudahannya?? Haha...fikirlah sendiri.

10) Sukar melupakan orang yang dia sayang

Benarkah anak sulung sukar melupakan orang yang dia sayang atau pernah sayangi? Yang ini kena check dengan anak sulung...hihi. Tapi jika ikut pemerhatian saya terhadap beberapa orang kawan baik yang secara kebetulan pun anak sulung, nampaknya ada kebenaran fakta tersebut.


Shhhh...anak sulung memang setia kut! Walaupun telah berkahwin dengan pasangan masing-masing, di dalam hati masih terpahat kukuh nama si dia! Walaupun tidak berjaya sehidup semati, mereka rasional menerima kenyataan tetapi kekal menyayangi di dalam hati. Hah! Sah kan anak sulung memang sukar melupakan sesuatu yang pernah mereka sayangi.

11) Senang memaafkan orang 

Anak sulung mudah memaafkan orang lain. Terutamanya terhadap adik beradiknya sendiri. Bagi anak sulung, tidak ada gunanya menyimpan dendam di dalam hati. Mereka bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Sebab itu jika diperhatikan, ramai anak sulung yang kena 'buli' dengan adik-beradiknya. Namun begitu kerana sikap memaafkan yang ada pada anak sulung inilah membuatkan dia disayangi ramai. 


Selain daripada fakta-fakta di atas, ada juga saya terbaca mengatakan anak sulung juga kuat cemburu, manja dan pemurah hati serta agak degil. Sebenarnya banyak karekter dan personaliti anak sulung yang boleh dikaji lagi. Ternyata bukan mudah juga untuk menjadi anak sulung walaupun orang kata kuasa veto di tangan mereka!

Kepada anak sulung di luar sana samada lelaki atau wanita, korang sebenarnya istimewa. Dan bajalah kepercayaan yang diberikan dengan sifat-sifat yang terpuji dan penuh keikhlasan

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH DATANG LAGI